Wednesday, January 7, 2009

pengalaman sebelum ke Bandar Penawar ini

Selepas beberapa bulan ak tinggal di rumah atukku ini aku telah menerima pelbagai tawaran belajar tetapi semunya aku tolak kerana aku tidak meminati subjek yang ditawarkan kpdku. Pada suatu petang yang sunyi, tiba2 aku mendapat satu mesej dan aku amat tertarik dengan tawaran yang ditawarkan untuku di sebuah kolej yang bernama INSTEDT lalu aku menelefon dan bertanya dengan seseorang untuk mengetahui maklumat tentang kolej tersebut.

Dengan itu aku mengambil keputusan untuk berhenti belajar di giatmara dan aku pergi ke ipoh untuk menghadiri temuduga terbuka untuk belajar di Instedt

kehidupan ku sebelum menjejakkan kaki di INSTEDT

INgin aku ceritakan kisah hidup ku dalam blog ini, tp memandangkan banyak sangat kisahnya, terpaksalah aku batalkan niat itu. kalau hendak di ceritakan mau sampai 44 hari 44 malam.


Sebelum aku menjejakkan kaki ke INSTEDT ini, aku adalah seorang pelajar SEKOLAH MENENGAH SERI PERAK, TELUK INTAN. Selepa aku tamat tingktan 5 , aku dihantar ke kg untuk menjaga nenek dan atuk ku di Batu Kikir. Selama aku duduk di rumah nenekku dan atuk,satu kisah sedih telah melanda hidupku. Nenek yang paling aku sayangi telah ke rahmatullah pada 20 mac 2007 iaitu beberapa hari lagi sebelum hari birthday ibuku. Sebelum arwah nenekku meninggal dunia, arwah menyuruh aku belajar di Giatmara sambil menghabiskna waktuku tinggal bersamanya. segala perbelanjaan aku masuk ke Giatmara itu telah ditanggungnya. aku amat menghargai pengorbanan yang telah arwah curahkan kepadaku sepanjang hayatnya.